Saye buat sendiri...
Sunday, 18 December 2011 | 06:15 | 0 SMART BLOGGIES
Cantik x ???Mintak2 cntik...
Tiga Sahabat AF
Thursday, 15 December 2011 | 20:22 | 0 SMART BLOGGIES
Hubungan erat tiga sahabat sejak sama-sama berada dalam AF7 terus kekal hingga hari ini
BUKAN mudah menggabungkan mereka ini yang masing-masing sudah mempunyai komitmen sendiri. 
Hafiz, juara Akademi Fantasi  musim ke-7 (AF7), yang baru saja memenangi tempat ketiga dan Vokal  Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-25 bulan lalu, baru-baru ini masih  merasai kesakitan akibat daripada kemalangan jalan raya yang menimpanya  beberapa hari sebelum berlangsungnya anugerah itu. 
Manakala pemenang tempat kedua  dan ketiga AF7, Aril dan Akim baru saja selesai dengan penggambaran  drama terbitan Astro, Kau dan Aku. 
Kesibukan itu sebenarnya adalah  rahmat bagi mereka. Sama ada Hafiz, mahupun Akim dan Aril, masing-masing  meluahkan rasa bersyukur kerana walaupun AF sudah tamat dua tahun lalu,  hubungan persahabatan mereka masih rapat. 
Mungkin orang di luar tidak  nampak akan kemesraan mereka, namun ketika disatukan di dalam satu sesi  fotografi di studio Hip ini jelas tampak kesenangan serta betapa mereka  saling bantu-membantu. 
Tiga rakan karib yang dilihat  begitu mesra di antara satu sama lain ini berkongsi kegembiraan serta  meluahkan rasa bangga mereka dengan kemenangan Hafiz di AJL25. 
Malah semasa persembahan gimik  Hafiz pada AJL25 lalu, Aril dan Akim turut sama-sama terbabit memberikan  sokongan bagi menjayakannya sekali gus membuktikan bahawa mereka  mempunyai hubungan yang akrab. 
Elemen populariti diakui  kadang-kadang menjarakkan mereka di antara satu sama lain, namun itu  sebenarnya bukan penghalang untuk mereka terus maju di samping sokongan  sesama sendiri. 
Isu iri hati tidak wujud malah  mereka berbangga sekiranya seorang daripada mereka lebih berjaya di  dalam profesion yang diceburinya. 
“Kemenangan Hafiz bukannya suatu  yang perlu cemburu tetapi sememangnya kami tumpang bangga. Saya tidak  mengejar apa-apa anugerah. Biarlah anugerah itu akan datang sendiri, dan  semuanya dari Tuhan. 
“Persaingan memang ada antara  kami tapi kami terapkan persaingan secara sihat dan menyokong antara  satu sama lain walaupun ada yang lebih berjaya,” kata Akim, yang termuda  di antara mereka bertiga. 
Melihat pada kejayaan Hafiz ,  Akim, 20, sedikit pun tidak rasa tergugat dan sebaliknya berbangga  dengan pencapaian rakan baiknya itu serta menyatakan bahawa  masing-masing mempunyai komitmen sendiri. 
Dia yang baru saja selesai  menyiapkan studio sendiri ini, sekarang sibuk mencipta lagu untuk album  solonya yang dirancang akan keluar dalam tahun ini serta memuatkan hasil  ciptaan dari komposer seperti Pacai dan Rudy Mohd. 
Selepas hit dengan lagu Inilah  Cinta, yang pernah menjadi lagu tema untuk iklan komersil ais krim, dan  Bengang yang pernah memenangi Anugerah Muat Turun Nada Dering Tertinggi  Hotlink 2010, Akim kini muncul dengan lagu baru. 
Akim atau nama sebenarnya Afiq  Akim Ahmad kini sedang giat mempromosikan lagu single terbarunya  ‘Janji’, yang berkisarkan mengenai setia ini adalah ciptaan penuhnya  dirinya. 
Pemuda berbakat ini turut  menyanyikan lima lagu untuk telefilem bertajuk 7 lagu. Akim juga baru  mengikat kontrak bersama Hotlink sebagai Selebriti Hotlink bersama  Tomok. Penyanyi muda ini turut menyimpan cita-cita menjadi pelakon filem  bagi melengkapkan profilnya. 
Impian sama 
TERNYATA cita-cita Akim itu  mendapat sokongan daripada Aril. Katanya, mereka mempunyai impian yang  sama untuk berjaya dalam bidang seni, tidak kira dalam muzik atau  lakonan. 
“Sebagai seorang artis yang  lengkap, saya bersedia dengan tawaran berlakon dan saya juga akan  mengeluarkan sebuah album solo yang kini sedang di dalam perancangan  selain mengacarakan Trek Selebriti,” katanya. 
Aril, 26, hos Trek Selebriti  ini, sibuk dengan aktiviti penggambaran rancangan itu yang diadakan  empat hari dalam seminggu. Sepanjang mengendalikan program itu,  seboleh-bolehnya mahu mengelakkan diri daripada disamakan dengan Jimmy  Shanley, bekas hos rancangan itu kerana dia mempunyai personaliti serta  pendekatan yang tersendiri. 
Mengenai nyanyian, Aril atau Khairil Azam Pilus, berkata dia bakal mengeluarkan lagu single terbarunya berjudul Anugerah. Lagu itu dihasilkannya sendiri bersama-sama dengan Rudy Mohd. Malahan dia juga bertindak sebagai penulis lirik lagu Anugerah.
Aril yang juga popular dengan  lagu Toksid dan Menatap Matamu juga pernah membintangi drama bertajuk  ‘Shuffle Milikku’ serta pernah muncul di dalam drama Geng Bas Sekolah  serta meminjamkan suaranya untuk filem kartun ‘Surf-Up’. 
Hos Trek Selebriti kelahiran Johor Bahru ini juga ada merakamkan ‘soundtrack’ filem ‘Tolong Awek Aku Pontianak. 
Sokongan kawan tetap diperlukan 
Sama seperti dua rakannya itu,  Hafiz juga sibuk dengan projeknya sendiri iaitu melancarkan lagu terbaru  berjudul Awan Nano yang liriknya ditulis Budi Hidayat, manakala M Nasir  sebagai komposer. 
Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip,  21, turut mempunyai perniagaannya sendiri iaitu menjual minyak wangi,  pakaian serta pelbagai lagi secara kecil-kecilan yang boleh didapati di  laman web Hafizsuip.com. 
Hafiz yang popular dengan lagu  ‘Masih Jelas’ ini juga akan mengeluarkan album solonya yang masih di  dalam perancangan. Selain mempunyai jadual padat, Hafiz berkata, kalau  ada kelapangan dia meluangkan masa lapangnya melepak bersama Aril dan  Akim. 
Dia juga mengakui hubungan Aril  dan Akim memang akrab lalu tidak pernah timbul rasa ingin ‘bunuh  membunuh’ di antara satu sama lain, dan sememangnya dari dalam AF lagi  mereka sudah mulai rapat, malah kemenangannya turut dikongsi bersama. 
“Trofi kemenangan Hafiz bukan  sepenuhnya milik Hafiz, tapi kejayaan ini juga hasil daripada sokongan  rakan-rakan, peminat dan keluarga saya sendiri. 
“ Hafiz amat berterima kasih  kepada para peminat yang selama ini tidak jemu menyokong Hafiz dan  mereka adalah individu terpenting serta tulang belakang kepada kejayaan  Hafiz sekarang,” ujar Hafiz, anak kelahiran Sarawak ini. 
Dia juga menyimpan hasrat  membeli rumahnya sendiri dan membawa ahli keluarganya di Sarawak untuk  menetap di Kuala Lumpur dengan harapan tidak lagi berjauhan dengan pihak  yang selama ini menjadi tunggak kepada kejayaannya.
Welcome to my Blog
 | 05:42 | 0 SMART BLOGGIES
Inilah org yg plg saye suke !!!









